Latest On Gua

Search This Blog

Monday, February 1, 2010

Ally Iskandar overrated





SALAM sejahtera,

Terpanggil untuk saya menulis apabila terbaca kenyataan daripada pembaca dari ruangan ini iaitu Hajar Adira dari Ipoh, Perak dengan tajuk “Ally Iskandar pengacara serba boleh”, (ruangan Bukan Nak Kata, 19 April 2009).

Harapan saya agar Hajar Adira tidak terlalu sinikal apabila terbaca tajuk daripada saya dan terus melabel saya sebagai anti Ally Iskandar. Benar, Ally Iskandar pada hari ini merupakan pengacara yang serba boleh.

Sayangnya, itu bukanlah isunya disini. Hari ini, jika kita menonton televisyen , wajah Ally bersiaran sepanjang masa. Dari pagi bersama Malaysia Hari Ini kemudian pada waktu malam dengan konsert Jom Heboh hampir saban minggu, kemudian rancangan bual bicara terbarunya, Ally, yang baru selesai musim pertama dan pada minggu lalu, Mentor 3.

Bidang penyiaran baik televisyen mahupun radio, juga seni persembahan, seperti drama, filem dan teater sentiasa perlu untuk menampilkan wajah-wajah baru agar tiada rasa jemu di kalangan khalayak.

Aduh! adakah Malaysia kini sudah ketandusan bakat? Letak tepi seketika soal ‘murah rezeki’ dan sebagainya, kerana isunya di sini ialah overrated. Ya... Mungkin Ally tidak harus dipersalahkan dalam situasi ini apabila adanya permintaan daripada stesen dan hal favouritism di kalangan penerbit serta orang kuat di belakang tabir, namun di manakah kekuatan sebenar yang ada pada personaliti ini?

Jangan hanya terlalu sibuk untuk mengejar gelaran versatil, fikirkanlah apakah impak juga kesan yang telah anda tinggalkan di hati khalayak sepanjang 13 tahun anda bersiaran?

* Datuk Khairul, Selayang,

Kuala Lumpur.

untuk permulaan yang bersinar-sinar (ewah~)